July 12, 2004

Dahan berpaut..semoga tidak patah!


Dahan tmpt berpaut, semoga tidak patah dilanda zaman n badai..aku tk sanggup menempuh arus berulang kali..jika sumbu lilin itu dihidupkan, biarlah insan yang sama mematikan cahayanya atau bersinar hingga titisan yang terakhir..kerana jika lilin itu dihidup dan dipadamkan berulang kali oleh insan yang berlainan makan nilainya tidak berharga lagi, usahanya untuk bersinar akan dipandang sia2..pengorbanannya tidak berharga w/pun kepanasan itu membakar dirinya penuh penderitaan!

Setiap langkah yang aku ambil tentu keraguan menjadi penghalang..setiap tindakan yang aku sedari silapnya tentu negatif tanpa sempadan akan aku lemparkan pada perhubungan ini, lalu dimana relevan ikatan ini? aku penuh dengan minda yang negatif, maaf sememangnya ia asal kejadian aku...mungkin prinsip atau sebaliknya..aku tidak pasti, tapi yang penting ia tidak akan membawa kepada kejatuhan ego terhadap individu yang aku sayang..aku mahu jadi kuat, tabah, perisai besi dalam soal perasaan dan haruslah air mata itu perkara yang paling berharga untuk aku titiskan jika ia berakhir!

jika berlaku sesuatu, tentu silapnya pada diriku, pasti!

No comments: