July 14, 2004

Aku takkan menangis lagi!!!

Aku takkan menangis lagi
Kini kau telah berada disisi
Hanya menunggu untuk dikasihi
Oleh insan yang amat aku cintai

Aku takkan menangis lagi
Bila kau tetap terpahat di dalam hati
Pelindung ku sebelum mati
Mengasihi aku walau kau ku sakiti

Aku takkan menangis lagi
Walau derita tercipta
Walau sakitnya membakar jiwa
Walau kesannya membawa lara
Kerana sumbu lilin itu telah dinyala

Aku takkan menangis lagi
Saat kau ucapkan kata hatimu
Saat kau lemparkan asmara sayangmu
Saat kau teguhkan ikatan setiamu
Saat kau senyum menerimaku seadanya

Aku takkan menangis lagi!!!

No comments: