January 05, 2005

Siapa yang akan menang dalam “pertarungan” ini??

Aku tak tahu apa yang berlaku. Sudah 4 hari berlalu namun tiada sms yg aku terima dr insan yang disayangi. Aku merajuk. Dia pun merajuk. Dua-dua merajuk! Apa nak jadi nih? Emosi ku masih tidak stabil. Tindakannya pada malam Ahad lepas mengundang marahku. Mengambil beg dan terus meninggalkan aku keseorangan di parking motor flat kediamanku. Shittt!

Jika dia bertanya tentu aku akan menerangkan. Jika dia sedikit amik berat, tentu kami tidak jadi begini. Kami masing-masing ego. Seharusnya dia membuang egonya kerana aku perempuan. Hilangkan seketika perasaan kelakian yang angkuh itu. Belailah perasaan wanita aku ini. Aku jadi gerun jika ini yang bakal kami hadapi bila melangkah alam perkahwinan nanti. Tiada persefahaman!

Selalunya jika artis terlibat dengan penceraian, alasanya tentu tiada persefahaman. Sungguh, aku gerun!

No comments: