March 10, 2004

Jika teringat tentang dikau...jauh dimata dekat di hati


Dan 2 hari aku tak open blog nie..internet down la...kena serangan virus kot? Entahlah..boring sepanjang 2 hari nie...tk dapat chatting..akekekekeke...keje kat opis biase le..memanjang tak de selepas RMK8 ari tuh..skang nie pulak menteri-menteri tengah sibuk berkempen untuk pilihanraya 21hb nie..aku kena balik kampung..mengundi. ati nie tak tahu nak undi sape..keliru...benggang pun ade gak..entahlah, dah sampai waktu tawakal je lah..biar tuhan tentukan aku pangkah kat tang mana...insyaAllah.

Ari sabtu lepas mak ngan abah ade datang umah Long kat seri gombak..ambik barang Oya Keding...adik perempuan aku no 2..dah abis belajo kat UIA...6 tahun woit kat sana..letih otak budak tuh dok belajo je..skang nie letih lak pk nak cari keje...aku dah pesan, jgn memilih sgt keje tuh..keje le pebende dulu..kumpul duit..cari pengalaman pastu barulah semak mana2 offer yang sesuai..skang nie tk leh memilih sgt..udah ramai yang kuar dari Universiti..terlalu ramai..so, peluang yang ada banyak pun jadi kecil la marginnya...Oya Keding bising2 kat tinga aku kata susahnya carik keje..dh tuh adele sound skit2 yang dia nak buat ‘loan’ ngan aku sementara nk cari keje nie..buat duit poket...tambang bas..duit makan..duit beli uniform,hampeh le minah tuh! Aku diam je...cukup bulan barulah boleh aku beri..cam biasa, tunggu gaji. Aku dulu pun cam tuh gak..hampir 6 bulan dok tanam anggur kat umah tuh...macam2 aku buat untuk tambah duit poket..jadi babysitter, jual nasi lemak, tlg makcik berniaga paper kt ‘pekan sehari’, jual kacang etc..etc..sehinggalah aku keje kat syarikat minyak under petronas tuh..hampir 2 tahun lebih keje..siap kena maki hamun..gaji rendah...buat semua keje..dengar ceramah politik free hari-hari..berbagai konteversi aku alami...iskh..iskh...baru keje 2 bulan, aku dh kena handle the whole company...senior account aku cuti bersalin. Mana nak kutip check..mana nk mintak lori anto minyak..mana nak kejo bank..nk buat invois n resit..nk kena buat tender lagi...mana nk handle stesen minyak..mana nk taip surat...mana nak periksa akaun bank..mana nk layan boss yang bengkeng..mana nk angkat tepon yang tk berhenti berdering..nk deal ngan petronas lagi..hari-hari muka aku cam cuka kena tapai...hari-hari aku cakap ngan mak nak berhenti keje..dalam family tiada siapa yang berani tegur aku, silap2 kena ‘sembur’...2 bulan beb aku handle compeni..cam tak cayo je...boss aku sendiri pun tak cayo..staff syarikat kt Muadzam pun dok bertaruh sampai bile aku tahan..sb b4 me, dh berlambak kerani yang berhenti..smua tak tahan ngan perangai boss dan bini dia...asyik kena marah n maki je..tk penah puas ati ngan keje..cuma senior akaun clerk iaitu Kak Rogayah yang tahan dengan karenah mereka berdua..itupun dh berlambak notis berhenti keje dia beri pada boss..tp kena pujuk ngan bini dia..akak tuh keje la balik..berbagai janji manis yang ditaburkan...pastu buat balik..maki hamun balik..entahlah, manusia bila dah kaye raye lupa bumi yang dipijak..dok melangut pandang langit...dok mendabik dada..menindas insan miskin dan lemah..jgnlah aku bersikap demikian...insyaAllah!

Aku doakan agar semua adik2 aku mendapat apa yang mereka usahakan..moga rezeki mereka selalu murah dan halal..


Emmm...apa yang perlu aku lakukan jika hati dan perasaan ini sedang diramas-ramas sakitnya? Otak nie benak memikirkan perasaan sendiri? Cuba menghuraikan jalinan itu dan meletakkan dalam satu simpulan yang aku sendiri kurang pasti. Puas aku memujuk hati ini utk menerima keadaan itu seadanya. menikmati kegembiraan itu sementara ia masih ada, menghargai apa yang dilakukan oleh insan yang menyayang dan membina kepercayaan berdasarkan takdir yang telah ditentukan. Apa aku masih belum belajar dari kesilapan dan penderitaan yang pernah dialami? Kekadang aku merasakan takdir selalu mempermainkan diri. Takdir selalu menguji kesabaran dan ketabahan. Kenapa aku menyalahkan takdir? Entahlah, aku kurang keyakinan terhadap semua yang berlaku disekeliling kini. semua itu penipuan bagiku. tiada yang benar-benar menyakinkan dan ikhlas. Hati ini semakin kerap dilukai oleh insan-insan yang menyayangi.....aku pula kini sukar utk menyatakan yang aku sayang siapa yang sudi menyayang, hanya keluarga yang aku ada, hanya mereka yang aku ada. bukan insan lain. entah bila ia dapat diluahkan oleh bibir ini..entah bila!

bila bercakap tentang hati dan perasaan semua orang memberikan perspeksi yang berlainan. sebai seorang insan, perasaan untuk mencari pasangan yang sememangnya setia dan mnerima diri seadanya adalah satu cabaran yang berat utnuk dilaksanakan. kerapkali timbul masalah perhubungan putus ditengah jalan. tiada sikap tolak ansur dan mementingkan diri merupakan faktor terbesar pada pandangan aku. hari ini terbuktilah untuk kali yang ke-3 kaum lelaki itu sebenarnya adalah penipu dan suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang perawan. lelaki suka memuji dan memuja sehingga perempuan itu sendiri keliru untuk menilai samaada pujian itu ikhlas atau bermotif. lidah mereka yang tidak bertulang dan otak yang ligat menyusun kata merupakan satu kombinasi yang hebat. ia selalu disalahgunakan untuk menawan hati wanita. semakin kerap aku menerima pujian dan rengekan citna dari 'si mamat' itu, semakim meluat hatta melihat dia melemparkan senyuman ikhlas sekalipun. mujur hati ini tidak jatuh ke dalam lubang penderitaan yang dalam. 'si mamat' itu juga bersifat talam dua muka, makan depan dan belakang dan berprasangka aku akan menerima sebulat-bulatnya tanpa menilai dalaman. hanya kerana aku wanita biasa. tidak mempunyai kelebihan lain. jauh sekali untuk lelaki melontarkan pandangan kedua jika bertemu diarus perjalanan. Tidak lama lagi 'si mamat' ini akan melangsungkan perkahwinan dengan dara impian. Alhamdullilah, aku terselamat dari perhubungan celaka itu. Syukur pada tuhan kerana aku mempunyai pegangan yang jelas semasa ia berlangsung terjalin...mashimaro, mungkin benar..aku kerap berjumpa lelaki bodoh dan 'nakal' dlm hidupku ini!

Jalinan Yang Sukar

Pertemuan itu mengundang jalinan
Jalinan itu mengundang sayang
Sayang itu mengundang bahagia
Bahagia itu mengundang cinta
Rasa cinta itu berbunga dan
Akhirnya diakhiri derita
Pada fikiranku.....

Saat rindu itu berdetik sedih
Aku diam membisu
Saat cinta itu membara
Aku dihambat berjuta sengsara
Saat hati dijeruk sunyi
Aku bisu hilang bicara

Perlukah aku mengungkap
Kata cinta?
Perlukah aku mengungkap
Rasa sayang?
Perlukah aku mengungkap
Rengekan rindu?
Atau hanya dia yang
Perlu menilai perbuatanku?

Aku dan dia cuma mengharap
Aku dan dia cuma merasa
Aku dan dia cuma mendera
Perasaan dan jiwa yang satu
Hirisan pedih disimbah madu
Cinta yang menjadi rahsia
Hanya masa yang jadi penentu
Hanya tuhan yang tahu segala....


Semua ku turuti demi menghormati...

No comments: