December 10, 2003

Akhirnya Ia Tercipta

emmm...ari tuh aku janji nak postkan poem kan? sori naik lori..aku terlupa nak buat sb terlampau marah ngan 'beruk' sekor yg cuba merobekkan hati aku yg sedang gumbira dgn makiannya yg berbau hina..:P..tenat betul bahasa malaya dia tuh..asyik guna 'f' and 'a' language je..menyampah!

jeng..jeng..jeng...jeng....

sila lah baca poem nie ek..(dah berkurun aku buat tp baru skang nak post..)


Dengarkan

Dengarlah..
Degupan hati dan jantung ini
Kuat berdetak semakin parah
Sakit yang tidak tertahan
Dan kini bernanah....

Dengarlah...
Bisikan hati dan jantung ini
Berbicara tentang rindu
Kalimah yang berirama sendu
Dan kini semakin layu...

Dengarlah..
Rayuan hati dan jantung ini
Merayu bersandarkan pada
hati nan sepi
Meminta hanya pada yang sudi
Dan kini semakin lemah menanti

Akhirnya...
Degupan hati dan jantung ini sunyi
Akhirnya..
Bisikan hati dan jantung ini terhenti
Akhirnya..
Rayuan hati dan jantung ini
Beku, kejang dan mati!


"Till Death Do Us Part..."

No comments: